Friday 19 October 2012

MAKLUMAN TERKINI ( OKTOBER )


1.         Hari Terbuka untuk Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 ( KSSR )

            Tarikh              :           30 Oktober 2012 / Selasa
            Masa               :           8.00 pagi
            Tempat            :           Dewan Cetusan Minda, SK Taman SEA

            Program yang dijalankan ialah :
           
Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)       :       8.00 – 9.00 pagi
Program Learn English Family ( LEF )                         :       9.00 – 10.00 pagi
Hari Terbuka                                                                  :       10.00 – 12.00 tengahari

Ibu bapa diwajibkan hadir pada hari tersebut.

2.         Hari Kecemerlangan SK Taman SEA 2012
SK Taman SEA akan mengadakan Hari Kecemerlangan pada 2 November 2012 iaitu pada Hari Jumaat di Dewan Cetusan Minda, SK Taman SEA.  Ibu bapa dijemput hadir.

3.         Cuti Sempena Hari Raya Aidiladha
Cuti sempena Hari Raya Aidiladha akan bermula pada 25 Oktober 2012 (Khamis) hingga
28 Oktober 2012 (Ahad).  Semua murid akan bersekolah semula pada 29 Oktober 2012 (Isnin).