VLE FROG 1BESTARINET


1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.

Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet.


Untuk akses ke Dashboard peribadi anda, sila lawati url ini :

Kemudian masukkan YesID dan Password yang telah dibekalkan oleh pihak sekolah.

Bagi mana-mana warga SKTS dan ibu bapa yang ingin mendapatkan semula Yes ID, sila masukkan No MYKAD/MYKID di bawah:

3 comments:

  1. buat hyperlink kat 'https' tu kan bagus..

    ReplyDelete
  2. Done..N thanx for the suggestion.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sebab beri idea penggunaan skydrive untuk embed MS Excel. Sangat memudahkan proses carian ID Yes pelajar untuk lebih ramai pelajar gunakan pada masa yang sama. Roiamah (SMK taman Tasik, Ampang)

    ReplyDelete